Panitia Pendidikan Islam SK Bukit Sawa
Ilmu adalah pendamping dalam kesendirian, kawan dalam keterasingan, pengiring di kala kesepian, penunjuk kepada jalan kebenaran & penolong dalam kesempitan
Thursday 2 May 2013
Majlis bacaan Yaasin
Majlis bacaan Yaasin yang melibatkan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah merupakan acara bulanan yang diadakan setiap awal bulan bagi memohon keberkatan. Terdapat banyak kelebihan yang terdapat pada surah Yaasin. Antaranya Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yaasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu :-
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin , ia boleh menjadi kenyang .
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .
5. Jika terpenjara akan dibebaskan .
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya .
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Tuesday 23 April 2013
Sekitar MTQ & Festival Nasyid Daerah Marang 2013...
Tahniah Soutun Najihin...naib johan
Tahniah adik Maiza Alyssa...johan pertandingan bercerita kisah2 dari al-Quran & adik Mohd Ayub...naib johan pertandingan bercerita kisah2 dari al-Quran
Bersama mengekalkan kecemerlangan...
Subscribe to:
Posts (Atom)